Mutiara Kata Para Imam Ahlul Bayt a.s.

Pengenalan.

Musuh-musuh mazhab Ahlu l-Bait as. terutama kaum Wahabi memperkenalkan bahwa para Imam Ahlul-Bait as. bersikap lunak terhadap Abu Bakar dan Umar; kerana mereka menerima pemerintahan mereka berdua dengan ikhlas tanpa taqiyyah. Justru itu, mereka meletakkan segala kebencian dan permusuhan mereka secara lahir ke atas Syiah (pengikut para Imam as); karena menentang mereka berdua. Dan bukan terhadap para Imam mereka secara keseluruhannya.

Oleh karenanya, dituduhlah orang-orang Syiah sebagai pengikut ajaran sesat, orang kafir, terhina, dicurigai sebagai pemberontak agama, sampai pada akhirnya dipenjarakan, tanpa hak kemanusian lagi, bahkan ada yang dibunuh sepanjang abad. Sepatutnya mereka juga menghukum para Imam Ahlu l-Bait a.s ; Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja’far al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Ridha,Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, al-Hasan al-Askari,dan Muhammad al-Mahdi as. sebagai sesat dan kafir sebagaimana dilakukan oleh Khawarij, tetapi mereka tidak berani melakukan sedemikian, karena orang akan mengetahui permusuhan dan kebatilan hukum mereka tentang para Imam Ahlu l-Bait Rasulullah saw. yang mentaati Allah dan Rasulullah-Nya saw sepenuhnya.

Mereka berkata:Syiah mencaci dan mengkafir Abu Bakr dan Umar.Sementara para Imam Ahlu l-Bait a.s tidak mengkafirkan mereka berdua.Lantaran itu,terjemahan ini mendedahkan mutiara kata atau pendapat para Imam Ahlu l-Bait a.s tentang Abu Bakr dan Umar secara khusus tanpa taqiyyah.Ia adalah terjemahan dari beberapa bahagian daripada Bab (20) “Kufr al-Thalaathah wa Nifaqu-hum wa Fadhaa’ih A’maali-him wa Qabaa’ih Aathari-him wa Fadhl al-Tabbarri min-hum wa la’anu-hum” (Kekafiran bertiga, nifaq mereka, kejahatan amalan mereka,keburukan perjalanan mereka,kelebihan membebaskan diri daripada mereka, dan kelebihan melaknati mereka) di dalam buku Bihar al-Anwar, karangan al-‘Allamah al-Majlisi, jilid, 30, Beirut,1995.

Terjemahan teks.

Ahmad b.Muhammad daripada Umar b.Abdu l-Aziz daripada Ahmad b.Fudhail daripada al-Thumaali daripada Ali b.al-Husain a.s,dia berkata kepadanya:Aku ingin bertanya kepada anda mengenai fulan dan fulan? Beliau menjawab:Segala laknat Allah ke atas mereka berdua.Mereka berdua mati-Demi Allah-dalam keadaan kafir-musyrik(kaafiraini musyrikaini) dengan Allah yang Maha Besar (Bihar al-Anwar,30,hlm.145)

Tafsir Ali bin Ibrahim al-Qummi,1,hlm.383: Ali bin Ibrahim berkata tentang firman-Nya Surah al-Nahl 16: 25 “Supaya mereka memikul dosa mereka secukupnya pada hari Kiamat dan sebahagian dosa orang yang mereka sesatkan tanpa ilmu pengetahuan” Beliau berkata: Mereka memikul dosa-dosa mereka-iaitu mereka yang telah merampas hak Amir al-Mukminin a.s dan dosa setiap orang yang telah mengikut mereka,iaitu kata-kata Imam Ja‘far al-Sadiq a.s: Demi Tuhan! Tidak ada darah yang mengalir, tidak ada pertengkaran yang berlaku, tidak dirampas kemaluan haram (Farjun haraamun), tidak diambil harta tanpa halalnya, melainkan dosa sedemikian itu pada tengkuk mereka berdua,tanpa mengurangkan sedikitpun dosa-dosa orang lain.(Bihar al-Anwar,30,hlm.149)

Tafsir Ali bin Ibrahim al-Qummi,ii,hlm.197: Ali bin Ibrahim berkata tentang firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab 33:66-68 “ Pada hari muka-muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka” adalah kinayah kepada mereka yang telah merampas hak Ali muhammad(keluarga Muhammad): “ Mereka berkata: Aduhai kiranya! Kami telah mentaati Allah dan Rasul-Nya” iaitu tentang Amir al-Mukminin a.s.Mereka berkata:Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mentaati orang-orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami,maka mereka telah menyesatkan kami dari jalan (Engkau)(al-Sabil)”’ mereka adalah dua lelaki (Humaa rajulaani), “Orang-orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami” adalah mereka berdua yang telah memulakan kezaliman terhadap mereka dan merampas hak mereka. Dan firman-Nya “ Maka mereka telah menyesatkan kami dari jalan” iaitu jalan syurga. Al-sabil adalah Amir al-Mukminin a.s.Kemudian mereka berkata: “Ya Tuhan kami,gandalah azab terhadap mereka dua kali lipat dan laknatilah mereka dengan laknat yang besar” Sesungguhnya al-Insan “manusia” di dalam firman-Nya Surah al-Ahzab33:72 “ Kemudian amanah itu dipikul oleh manusia (al-Insan).Sesungguhnya manusia adalah zalim dan jahil” adalah Abu Bakr.(Bihar al-Anwar,30,hlm.152-3)

Tafsir Ali bin Ibrahim al-Qummi,ii,hlm.207: Ahmad bin Idris,daripada Ahmad bin Ahmad,daripada Ali bin al-Hakam,daripada Saif bin ‘Umairah,daripada Hassan,daripada Hasyim bin ‘Ammar tentang firman-Nya di dalam surah Fatir:8 “Adakah mereka yang dihiaskan kepadanya kejahatan amalannya,maka dia melihatnya baik,sesungguhnya Allah menyesatkan mereka yang Dia kehendaki,dan Dia memberi hidayat kepada siapa yang Dia kehendaki,maka janganlah kamu berdukacita ke atas mereka.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka lakukan”Beliau berkata:Ayat ini diturunkan kepada Zuraiq(Abu Bakr) dan Habtar(Umar)(Bihar al-Anwar,30,hlm.153)

Daripada Sa’dan daripada seorang lelaki,daripada Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah swt Surah al-Baqarah:284”Sekiranya kamu menzahirkan apa yang ada pada diri kamu atau menyembunyikannya, maka Allah menghitungnya.Maka dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan menyiksa siapa ynag Dia kehendaki”Dia (Abu Abdullah) berkata:Adalah menjadi hak Allah tidak memasukkan ke dalam Syurga mereka yang mempunyai kecintaan kepada mereka berdua meskipun sebesar biji sawi (Ibid,hlm.215).

Ali, daripada bapanya, daripada Hannan, daripada bapanya, daripada Abu Ja’far a.s, dia berkata: Sesungguhnya Dua Syaikh telah meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat (Inna syaikhaini faaraqaa al-Dunya wa lam yatubaa), dan mereka berdua tidak mengingati apa yang mereka telah lakukan terhadap Amir al-Mukminin a.s (wa lam yazkuraa ma sana’aa bi- Amir al-Mu’minin a.s,fa-‘alai-hi-maa la’natullah wa l-Malaa’katu wa al-Naasu ajma’iin).Maka laknat Allah,laknat para Malaikat dan seluruh manusia ke atas mereka berdua.(Ibid,hlm.269.

Dengan isnad ini,dia berkata:Aku telah bertanya Abu Ja’far a.s,maka beliau menjawab:Wahai Abu al-Fadhl?!Demi Allah ,tidak seorang daripada kami meninggal Dunia melainkan dia memarahi mereka berdua.Tidak seorang daripada kami pada hari ini melainkan memarahi mereka berdua;yang tua kami memberi wasiyat kepada yang muda kami bahawa sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi hak kami,menghalang kami daripada Fa’ kami.Mereka berdua adalah orang pertama yang menghina kami.Mereka berdua telah memalukan kami dalam Islam di mana ia tidak dapat ditutupi selama-lamanya sehingga datangnya Qaim kami atau seorang yang bercakap di pihak kami.

Kemudian dia berkata:Demi Allah! Sekiranya datang Qaim kami atau seorang yang bercakap di pihak kami,nescaya dia akan mendedahkan tentang mereka berdua dari apa yang dirahsiakannya,dan akan menyembunyikan tentang mereka berdua dari apa yang telah zahir.Demi Allah!Tidak berlaku sesuatu bala’ atau bencana ke atas kami Ahlu l-Bait melainkan mereka berdua telah mengasaskannya pada mulanya (Wa Llahi,ma ussisat min baliyyatin wala qadhiyyatin tajri ‘alai-na ahlu l-bait illa hummaa assasaa awwala-ha,fa-’alaihi-maa la’natullahi wa l-Malaikati wa al-Nasi ajma’ain ).Maka di atas kedua-duanya laknat Allah,Para Malaikat,dan seluruh manusia.(Ibid,,hlm.269.

Diriwayatkan daripada al-Asbagh b.Nubatah,Rasyid al-Hijri,Abu Kudaibah al-Asadi,dan para sahabat Ali a.s yang lain dengan sanad yang bermacam-macam.Mereka berkata:Kami duduk di Masjid,tiba-tiba keluar Amir al-Mukminin daripada pintu kecil memberi isyarat dengan tangannya di sebelah kirinya sambil berkata:Tidakkah kamu melihat apa yang aku lihat?Kami berkata: Wahai Amir al-Mukminin!Apakah yang anda sedang melihatnya?Dia menjawab:Aku sedang melihat Abu Bakr ‘Atiq di Neraka (sadf al-Naar) sedang memberi isyarat dengan tangannya kepadaku dan berkata:Pohonlah keampunan untukku (astaghfir-li), Allah tidak akan mengampuninya.Abu Kudaibah menambah :Sesungguhnya Allah tidak meridhai mereka berdua sehingga mereka berdua meridhaiku(Ali a.s).Demi Allah, mereka berdua tidak akan meridhaiku selama-lamanya.

Kemudian ditanya tentang “al-sadf”,beliau menjawab:Azab yang besar (al-Wahdah al-‘Azimah).(Ibid, hlm.378.

Daripada al-Harith al-A’war,dia berkata:Aku masuk berjumpa Ali a.s pada suatu malam, maka beliau berkata kepadaku:Apakah yang membuat kamu datang pada masa ini? Aku menjawab:Kerana cintakan anda, wahai Amir al-Mukminin!.Beliau berkata:Allah.Aku berkata:Allah. Beliau berkata: Bolehkah aku memberitahu anda orang yang paling bermusuhan dengan kami, dan orang yang paling bermusuhan dengan orang yang mencintai kami? Aku menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.Demi Allah, aku telah menyangkakannya.Beliau berkata:Jelaskan sangkaan anda itu. Aku berkata: Abu Bakr dan Umar.Beliau berkata: datang berhampiranku, wahai A’war, maka aku menghampirinya.Kemudian beliau berkata:Bebaskan diri anda daripada mereka berdua (ibra’ min-humaa),nescaya Allah dan Rasul-Nya bebas daripada mereka berdua (bari’a Llahu min-humaa).Di dalam riwayat yang lain beliau berkata:Demi Yang memecahkan biji dan yang menghidupkan jiwa. Sesungguhnya mereka berdua telah menzalimiku tentang hakku, mengeruhkan kehidupanku,irihati terhadapku,dan menyakitiku.Sesungguhnya ahli Neraka akan terseksa dengan laungan mereka berdua,dan penghinaan Rasulullah dan keluarganya terhadap mereka berdua.(Ibid,hlm.379).

Dia berkata:Mereka meriwayatkan daripada ’Ammarah,dia berkata:Aku telah duduk di sisi Amir al-Mukminin a.s di mana beliau berada di sebelah kanan Masjid Kufah di sisinya orang ramai.Tiba-tiba seorang lelaki memberi salam kepadanya,kemudian dia berkata:Wahai Amir al-Mukminin! Demi Allah, sesungguhnya aku mencintai anda.Maka beliau menjawab:Sesungguhnya aku, Demi Allah,tidak mencintai anda, bagaimana cinta anda kepada Abu Bakr dan Umar?Maka dia menjawab:Aku mencintai kedua-duanya sepenuh cinta.Beliau berkata lagi:Bagaimana cinta anda kepada Uthman? Dia menjawab:Cinta kepadanya telah menunjang di lubuk hatiku.Maka Ali a.s berkata:Aku adalah Abu l-Hasan.(Ibid,hlm.379).

Dia berkata:Mereka meriwayatkan daripada Sufyan daripada Fudhail b.al-Zubair daripada Nuqai’, daripada Abu Kudaibah al-Azadi, dia berkata:Seorang lelaki telah berdiri di sisi Amir al-Mukminin a.s, lalu dia bertanya kepadanya tentang firman-Nya Surah al-Hujarat(49):1”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya…” kepada siapakah ia diturunkan? Beliau menjawab:Apakah anda mahu? Adakah anda mahu mempersendakanku kepada orang ramai? Dia menjawab:Tidak, wahai Amir al-Mukminin, tetapi aku mahu mengetahuinya. Beliau berkata: Persilakan duduk, persilakan duduk, maka beliau berkata:Tuliskan sahaja ‘Amiran, tuliskan Mu’ammaran,tuliskan ‘Umar, tuliskan ‘Ammaran, tuliskan Mu’tamaran…salah satu daripada yang lima nama ia diturunkan.Sufyan berkata:Aku berkata kepada Fudhail:Apakah anda fikir ianya Umar?Dia menjawab:Siapa lagi selain daripadanya.

Dia berkata:Mereka meriwayatkannya daripada al-Munzir al-Thauri, dia berkata:Aku telah mendengar al-Husain b.Ali a.s berkata:Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar telah bersandar kepada khilafah-sepatutnya hak kami-maka mereka berdua telah menjadikannya untuk kami satu saham seperti sahan nenek(Jiddah).Demi Allah, mereka berdua berhasrat memohon syafaat kami di hari orang ramai memohon syafaat kami.

Dia berkata:Mereka meriwayatkan daripadanya(al-Husain) a.s-seorang lelaki telah bertanya kepadanya mengenai Abu Bakr dan Umar, maka beliau menjawab:Demi Allah,mereka berdua telah menghilang dan menghapuskan hak kami, menduduki kedudukan di mana kami lebih berhak daripada mereka berdua, memijak kepala kami,dan membawa orang ramai menentang kami (dhayya’aa-naa wa dhahabaa bi-haqqi-naa,wa jalasaa majlisan kunnaa ahaqqu bi-hi min-humaa,wa wati’aa ‘alaa a’naaqi-na,wa hamilaa-al-Naasa ‘alaa riqaabi-na).

Dia berkata:Mereka meriwayatkan daripada Abu al-Jaruud Ziyad b.al-Munzir, dia berkata:Ditanya Ali b.al-Husain a.s tentang Abu Bakr dan Umar? Maka beliau menjawab:Mereka berdua telah melakukan kezaliman terhadap bapa-bapa kami, mereka berdua telah menduduki jalan kami(idhtaja’aa bi-sabili-naa),dan mereka berdua telah membuat orang ramai menentang kami.

Daripada Abu Ishaq, sesungguhnya dia berkata:Aku telah mengiringi (sahabtu) Ali b.al-Husain di antara Makkah dan Madinah, maka aku bertanya kepadanya mengenai Abu Bakr dan Umar apakah pendapat anda tentang mereka berdua? Beliau menjawab:Mudah-mudahan aku akan memberi pendapatku mengenai mereka berdua; Allah tidak merahmati mereka berdua(La rahimahumaa-Llahu) dan tidak mengampuni mereka berdua(wa la ghafira-lahumaa).

Daripada al-Qasim b.Muslim,dia berkata:Aku telah berada bersama Ali b.al-Husain a.s,aku memasukkan tanganku ke tangannya, maka aku berkata:Apa pendapat anda tentang dua lelaki ini? Adakah aku membebaskan diriku daripada musuh mereka berdua?Maka beliau lantas memarahiku dan mencabut tangannya dari tanganku,kemudian beliau a.s berkata:Waihak! Celaka anda!Wahai Qasim!Mereka berdua adalah orang yang pertama menzalimi bapa-bapa kami, menduduki jalan kami, membawa orang ramai menentang kami,dan menduduki kedudukan di mana kami lebih berhak daripada mereka berdua (wa jalasaa majlisan kunna ahaqqu bi-hi min-humaa).

Daripada Hakim b.Jubair,dia berkata:Ali b.al-Husain a.s berkata: Kamu memerangi kerana Uthman semenjak enam puluh tahun, maka bagaimana jika kamu membebaskan diri kamu kalian daripada Dua Berhala Quraisy?

Dia berkata:Mereka meriwayatkan daripada Surah b.Kulaib,dia berkata:Aku telah bertanya Abu Ja’far a.s tentang Abu Bakr dan Umar?Beliau menjawab:Mereka berdua adalah orang yang telah menzalimi hak kami,dan membuat orang ramai menentang kami.Maka aku telah mengulangi perkara yang sama sebanyak tiga kali,maka beliau menjawab pertanyaanku sebanyak tiga kali.Kemudian aku mengulanginya pada kali keempat,maka beliau berkata:

Bagi mereka yang mempunyai sifat yang lembut sebelum hari ini,tidak mengguna kekerasan ( ma tuqra’u l- ‘Asaa) Dan tugas ilmu manusia hanya untuk mengetahui

Dan mereka meriwayatkan daripada Busyir b.Arakah al-Nabbal,dia berkata:Aku telah bertanya Abu ja’far a.s tentang Abu Bakr dan Umar, maka beliau berkata di dalam keadaan marah.Apakah yang anda mahu daripada Dua Berhala Arab? Kamu diperangi di atas darah Uthman b.’Affan,bagaimana jika kamu menzahirkan pembebasan (al-Baraa’ah) daripada mereka berdua.Lantaran itu mereka itu tidak akan berbincang dengan kamu meskipun sekejap?!(Ibid,hlm.383)

Daripada Hajr b.al-Bajali,dia berkata:Aku telah menjadi syak tentang kedudukan dua lelaki ini (syakaktu fi amri al-Rajulaini) ,maka aku datang ke Madinah.Maka aku telah mendengar Abu Ja’far a.s berkata:Sesungguhnya orang pertama yang telah menzalimi kami,merampas hak kami,dan membuat orang ramai menentang kami adalah AbuBakr dan Umar.Dan beliau a.s berkata:Jika Ali mendapati pembantu-pembantu,nescaya beliau telah memenggal kepala mereka berdua(Lau wajada ‘aliyyun a’waanan la-dharaba a’naaqa-humaa).

Daripada salam b.Sa’id al-Makhzumi,daripada Abu Ja’far a.s,beliau berkata:Tiga orang di mana amalan mereka tidak naik ke langit,dan tidak diterima amalan mereka:Siapa yang mati di dalam keadaan memarahi kami Ahlu l-Bait di hatinya( man maata wa lana ahlu l-Bait fi qalbi-hi baghdhun),mereka yang mewalikan musuh kami( wa man tawalla ‘aduwwa-na),dan mereka yang mewalikan Abu Bakr dan Umar(man tawalla Abu Bakr wa Umar).

Daripada Ward b.Yazid-Saudara lelaki al-Kumait-berkata:Kami telah bertanya Muhammad b.Ali a.s tentang Abu Bakr dan Umar?Maka beliau berkata; siapa yang telah mengetahui bahawa sesungguhnya Allah menghukum dengan penuh keadilan,dia akan membebaskan diri daripada mereka berdua.Tidak ada titisan darah yang mengalir melainkan ditanggung oleh mereka berdua(ma min mahjamati dammin yuhraaqu illa wa hiya fi riqabi-himaa).(Ibid,hlm.383)

Daripada Muhammad b.Ali a.s,beliau ditanya tentang Abu Bakr dan Umar,maka beliau a.s menjawab:Mereka berdua adalah orang pertama yang telah menzalimi kami,merampas hak kami,menentang kami,dan membuka ke atas kami satu pintu(baban) di mana ia tidak dapat ditutupi lagi sehingga Hari Kiamat (wa fataha ‘alaina baban la yasuddu-hu syai’un ilaa yaumi l-Qiyamah,falaa ghafira Llahu la-humaa zalma-humaa iyyaanaa).Justeru itu,Allah tidak mengampuni mereka berdua di atas kezaliman mereka berdua ke atas kami.

Daripada Salim b.Abu Hafsah,dia berkata:Aku berjumpa Abu Ja’far a.s, maka aku berkata: Para Imam kami,dan pembesar-pembesar kami,kami mewalikan orang yang kamu mewalikan mereka(nuwalli man waalai-tum), kami memusuhi mereka yang kamu memusuhi(wa nu’adi man’aadaitum),dan kami membebaskan diri kami daripada musuh kamu.Maka beliau berkata:Alangkah bahagianya wahai Syaikh!Adakah kata-kata anda itu benar,wahai Syaikh!Aku menjawab:Aku jadikan diriku sebagai tebusan anda;ia adalah benar.Beliau a.s berkata:Apa pendapat anda tentang Abu Bakr dan Umar?Dia berkata:Dua Imam yang adil rahimahuma-Llahu? Beliau a.s berkata:Demi Allah! Anda telah berkongsi di dalam perkara ini dengan orang di mana Allah tidak menjadikan habuan(nasiiban) untuknya padanya(khilafah).(Ibid,hlm.383)

Daripada Fudhail b.al-Rassan,daripada Abu Ja’far a.s berkata:Abu Bakr dan Syiahnya bagaikan Fir’aun dan Syiahnya.Ali dan Syiahnya bagaikan Musa dan Syiahnya (mathalu Abi Bakr wa syi’atu-hu mathalu Fir’aun wa syi’atu-hu, wa mathalu Ali wa syi’atu-hu mathalu Musa wa syi’atu-hu).

Diriwayatkan daripada Abu Ja’far a.s tentang firman-Nya Surah al-Tahrim:3 ” Apabila Nabi saw merahsiakan kepada sebahagian isterinya satu percakapan…”, beliau berkata:Beliau saw telah merahsiakan kepada kedua-dua isterinya tentang Maryam al-Qibtiyyahm,dan beliau juga merahsiakan kepada mereka berdua bahawa sesungguhnya Abu Bakr dan Umar akan mengambil jawatan khilafah selepasnya secara zalim, jahat dan penipuan (zaalimaini faajiraini ghaadiraini).(Ibid, hlm.384)

Mereka meriwayatkan daripada ‘Ubaid b.Sulaiman al-Nakha’i daripada Muhammad b.al-Husain b.Ali b.al-Husain a.s daripada anak saudara lelakinya al-Arqat,dia berkata:Aku berkata kepada Ja’far b.Muhammad:Wahai bapa saudaraku!(yaa ‘Ammah!) Aku khuatir kematian ke atas diriku dan di atas anda berlaku tanpa penerangan tentang kedudukan dua lelaki ini.Maka Ja’far a.s berkata kepadaku:Bebaskan diri anda daripada mereka berdua(Ibra’ min-humaa),nescaya Allah dan Rasul-Nya membebaskan anda daripada mereka berdua(baria Llahu wa Rasulu-hu min-humaa).(Ibid,hlm.384).

Daripada Abdullah b.Sinan,daripada Ja’far b.Muhammad a.s,dia berkata:Beliau a.s berkata kepadaku:Abu Bakr dan Umar adalah dua berhala Quraisy di mana mereka menyembah mereka berdua(sanamai Quraisy alladhaani ya’buduna-humaa)

Daripada Ismail b.Yasar ,dan orang lain,daripada Ja’far b.Muhammad a.s dia berkata:Apabila beliau menyebut Umar,beliau mengatakan bahawa Umar adalah anak zina(zannaa-hu).Dan apabila beliau menyebut Abu Ja’far al-Dawaaniq,beliau mengatakan bahawa Abu Ja’far adalah anak zina (zannaa-hu).(Ibid,hlm.384)

Dia berkata: Banyak riwayat daripada Ali b.al-Husain, Muhammad b.Ali,dan Ja’far b.Muhammad a.s menurut saluran yang bermacam-macam, sesungguhnya mereka berkata:Tiga jenis orang di mana Allah tidak akan melihat kepada mereka pada Hari Kiamat,dan tidak akan membersihkan mereka serta bagi mereka azab yang pedih.Siapa yang yang menyangka bahawa dia adalah seorang imam,tetapi dia bukanlah imam.Siapa yang mengingkari imamah imam daripada Allah,dan siapa yang menyangka bahawa mereka berdua mendapat imamah sebagai nasib mereka berdua di dalam Islam.Dan riwayat-riwayat lain selain dari apa yang kami telah menyebutkannya,dan daripada Anak-anak lelaki mereka a.s bahawa ianya menjadi perkara umum di dalam agama mereka bahawa mereka berpendapat bahawa orang yang mendahulu Amir al-Mukminin a.s dan siapa yang beragama dengan agama mereka adalah kafir(kuffar).Lantaran itu riwayat-riwayat yang kami kemukakan adalah mencukupi bagi tujuan tersebut sebagai bukti(istizharaan).

Sesungguhnya riwayat-riwayat sama ada dilakukan secara khusus (al-Khaassah) atau umum (al-‘Aammah) daripada jema’ah pemuka-pemuka agama adalah diambil daripada para Imam a.s:

Mereka meriwayatkan daripada Mu’ammar b.Khaitham,dia berkata:Zaid b.Ali telah mengutusku sebagai pendakwah,maka aku berkata:Aku jadikan diriku sebagai tebusan anda.Syi’ah tidak akan menyahut seruan kita.Sesungguhnya Syi’ah tidak akan menyahut seruan kita kepada wilayah Abu Bakr dan Umar.Beliau berkata kepadaku”Celaka anda!Seorang itu lebih mengetahui tentang kezalimannya daripada kami.Demi Allah ,sekiranya anda berkata bahawa sesungguhnya mereka berdua telah melakukan kezaliman dalam hukum,nescaya anda berbohong.Sekiranya anda berkata bahawa mereka berdua telah mengambil al-Fai’ untuk menjadi kaya,nescaya anda berbohong,tetapi mereka berdua adalah orang pertama yang telah menzalimi hak kami,dan membawa orang ramai menentang kami.Demi Allah, aku memarahi anak-anak mereka berdua kerana kemarahanku terhadap bapa-bapa mereka berdua,tetapi jika anda menyeru orang ramai kepada apa yang kamu katakan,nescaya mereka membunuh kita sekaligus.(Ibid,hlm.384)

Mereka meriwayatkan daripada Muhammad b.Furat al-Jurmi,dia berkata:Aku telah mendengar Zaid b.Ali berkata:Sesungguhnya kami terserempak keluarga Umar di tempat mandi (hammaam), maka mereka mengetahui bahawa kami tidak sukakan mereka, dan mereka pula tidak sukakan kami.Demi Allah! Sesungguhnya kami memarahi anak-anak mereka, kerana memarahi bapa-bapa mereka.(Ibid,hlm.385)

Mereka meriwayatkan daripada Fudhail b.al-Zubair,dia berkata:Aku telah bertanya Zaid b.Ali a.s:Apa pendapat anda tentang Abu Bakr dan Umar? Beliau menjawab:Katakan mengenai mereka berdua sebagaimana kata Ali:Tahankan lidah anda sebagaimana beliau menahan lidahnya,janganlah anda melebihi kata-katanya.Aku berkata:Beritahuku tentang hatiku adakah aku telah menjadikannya? Beliau menjawab:Tidak.Aku berkata:Sesungguhnya aku naik saksi ke atas Yang telah menjadikannya.Sesungguhnya Dia telah meletak di hatiku memarahi mereka berdua(Innahu wadha’a fi qalbii baghdha-humaa).Bagaimana aku mengeluarkannya dari hatiku?Maka beliau pun duduk seketika dan berkata:Aku,demi Allah,tiada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya aku memarahi anak-anak mereka berdua kerana kemarahanku terhadap mereka berdua.Kerana mereka apabila mendengar cacian (sabb) terhadap Ali a.s,mereka bergembira.

Mereka meriwayatkan daripada al-Abbas b.al-Walid al-Aghdari,dia berkata:Ditanya Zaid b.Ali tentang Abu Bakr dan Umar, maka beliau tidak menjawab tentang mereka berdua.Manakala beliau terkena lontaran lembing (asaabat-hu al-Ramiyyah),maka beliau mencabut lembing dari mukanya.Kemudian tangannya berlumuran darah seperti hati.Maka beliau berkata:Di manakah orang yang bertanya tentang Abu Bakr dan Umar?Mereka berdua adalah bersekutu di dalam darah ini(humaa syurakaa’ fi hadha al-damm).Kemudian beliau mencampakkannya ke arah belakangnya.(Ibid.)

Daripada Nafi’ al-Thaqafiyyi-Dia sempat berjumpa zaid b.Ali-,dia berkata:Seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang Abu Bakr dan Umar,beliau berdiam,tanpa memberi jawapan kepadanya.Tetapi apabila ditikam,beliau bertanya:Di manakah orang yang bertanya tentang Abu Bakr dan Umar tadi?Mereka berdualah yang membuatku berada di tempat ini.(Ibid,hlm385).

Mereka meriwayatkan daripada Ya’qub b.’Adi,dia berkata:Ditanya Yahya b.Zaid tentang mereka berdua-pada masa itu kami berada di Kharasan dan telah bertembung dua kumpulan-,maka beliau berkata:mereka berdualah yang telah membuat kita berada di tempat ini.Demi Allah, mereka berdua adalah tercela dan sesungguhnya mereka berdua telah berhasrat untuk membunuh Amir al-Mukminin a.s.

Mereka meriwayatkan daripada Qulaib b.Hammad,daripada Musa b. Abdullah b. al-Hasan,dia berkata:Aku berada bersama bapaku di Makkah, maka aku telah bertemu seorang lelaki dari Taif, Maula Thaqif.Dia sempat berjumpa Abu Bakr dan Umar.Maka bapaku telah menasihatinya supaya bertakwa kepada Allah,maka lelaki itu berkata:Wahai Abu Muhammad!Aku bertanya anda dengan nama Tuhan Bait al-Haram!Adakah mereka berdua telah melakukan solat ke atas Fatimah? Beliau menjawab:Wahai Tuhanku!Tidak.Dia berkata:Manakala lelaki itu pergi, Musa pun berkata:Aku mencacinya dan mengkafirkannya.Kemudian dia berkata:Wahai anakku!Janganlah anda mencacinya dan janganlah anda mengkafirkannya.Demi Allah! Mereka berdua telah melakukan perbuatan yang besar (La-qad fa’alaa fi’lan ‘aziiman).(Ibid,hlm.386).

Di dalam riwayat yang lain…wahai anakku!Janganlah anda mengkafirkannya.Demi Allah! Mereka berdua tidak melakukan solat ke atas Rasulullah saw, selama tiga malam mereka tidak mengkafankannya.Mereka berdua sibuk dengan perjanjian yang mereka memeteraikannya(khilafah).

Mereka meriwayatkan bahawa Yazid b.Ali al-Thaqafi mendatangi Abdullah b.al-Hasan di makkah,maka dia berkata:Aku menyeru anda dengan nama Allah!Adakah anda ketahui bahawa mereka telah menghalang Fatimah a.s binti Rasulullah saw dari pusakanya? Beliau menjawab:Ya.

Dia berkata:aku menyeru anda dengan nama Allah!adakah anda mengetahui bahawa Fatimah a.s mati di dalam keadaan beliau tidak bercakap kepada mereka berdua-iaitu Abu Bakr dan Umar-Dan beliau telah berwasiat supaya mereka berdua tidak melakukan solat ke atas nya?Beliau menjawab:Ya.

Dia berkata:Aku bertanya anda dengan nama Allah!Adakah anda mengetahui bahawa Ali tidak memberi baiah kepada mereka berdua sehingga beliau dipaksa?Beliau menjawab:Ya. (Ibid,hlm.386)

Dia berkata:Aku bersaksi di hadapan anda bahawa sesungguhnya aku membebaskan diriku daripada mereka berdua.Dan aku adalah di atas pendapat Ali dan Fatimah a.s.Musa berkata:Ketika aku berhadapan dengannya,maka bapaku berkata:Wahai anakku!Demi Allah bahawa sesungguhnya mereka berdua telah melakukan perkara yang besar(atayaa amran ‘aziiman).

Mereka meriwayatkan daripada makhul b.Ibrahim,dia berkata:Musa b.Abdullah b.al-Hasan telah memberitahuku dan menyebut mereka berdua, maka beliau berkata:Katakan kepada mereka bahawa kami bersedih (ma’tam) di atas kematian Fatimah a.s.Beliau mati di dalam keadaan marah terhadap mereka berdua.Maka kami memarahi kerana kemarahannya dan kami redha dengan keredhaannya.Apabila datang keredhaannya ,kami redha.(Ibid,hlm.387)

Makhul berkata:Aku telah bertanya Musa b.Abdullah tentang Abu Bakr dan Umar,maka beliau berkata kepadaku:Perkara yang aku benci menyebutkannya.Aku berkata kepada Makhul:Beliau berkata tentang mereka berdua lebih berat daripada al-Zulm (kezaliman), al-Fujuur (kejahatan),dan al-Ghadar ( penipuan )?!Dia menjawab:Ya.

Makhul berkata:Aku telah bertanya kepadanya tentang mereka berdua satu kali,maka beliau berkata:Adakah anda mengiraku tabarriyan (pembebasan diri)?Kemudian beliau berkata mengenai mereka berdua perkataan yang yang buruk(qaulan sayyian).

Daripada Ibn mas’ud,dia berkata:Aku telah mendengar Musa b.Abdullah berkata:Mereka berdua adalah orang pertama yang menzalimi kami tentang hak kami, pusaka kami(miirath) daripada Rasulullah saw, menentang kami,lalu orang ramai menentang kami.

Mereka meriwayatkan daripada Yahya b.Musawir ,dia berkata:Aku telah bertanya Yahya b.Abdullah b.al-Hasan tentang Abu Bakr dan Umar?Beliau berkata kepadaku:Bebaskan diri anda daripada mereka berdua(ibra’ min-humaa).

Mereka meriwayatkan daripada Abdullah b. Muhammad b. Umar b.Ali b.Abi Talib a.s,beliau berkata:Aku telah menyaksi bapaku Muhammad b. Umar b. al-Hasan-beliau telah berada bersama al-Husain di Karbala’.Syiah menganggap kedudukannya seperti kedudukan Abu Ja’far a.s; mereka mengetahui haknya dan kelebihannya.Dia berkata:Maka beliau bercakap tentang Abu Bakr,maka Muhammad b. Umar b. al-Hasan b.Ali b. Abi Talib kepada bapaku:Diam!Sesungguhnya anda adalah lemah (‘aajizun) .Demi Allah, sesungguhnya mereka berdua adalah bersekutu dalam darah al-Husain a,s (inna-humaa la-syurakaa’u fi dammi al-Husain).(Ibid,hlm.388)

Di dalam riwayat yang lain, beliau berkata:Demi Allah, mereka berdua telah dikeluarkan oleh Rasulullah saw dari Masjidnya ketika itu mereka masih hidup.Kemudian mereka berdua dimasukkan ke dalam rumahnya dalam keadaan bangkai (jiifah) .

Mereka meriwayatkan daripada Abu Huzaifah-dari penduduk Yaman,seorang yang mulia dan zuhud-dia berkata:Aku telah mendengar Abdullah b. al-Hasan b. Ali b. al-Husain a.s beliau pada masa itu sedang melakukan tawaf di Ka’bah,maka beliau berkata:Demi Tuhan Ka’bah,Tuhan al-Rukn,dan Tuhan Hajr al-Aswad,tidak terpancar setitik darah daripada kami dan daripada Muslimin melainkan ia di atas tengkuk mereka berdua ((maa qatarat minnaa qatratu dammin walaa qatarat min dimaa’ al-muslimin qitratun illa wa-huwa fi a’naqi-himaa)-iaitu Abu Bakr dan Umar.

Mereka meriwayatkan daripada Ishaq b. Ahmar,dia berkata:Aku telah bertanya Muhammad b. al-Hasan b. Ali b. al-Husain a.s,aku berkata:Adakah boleh aku melakukan solat di belakang orang yang mewalikan Abu Bakr dan Umar?Beliau menjawab:Tidak,dan tidak ada karaamah (kemuliaan).

Mereka meriwayatkan daripada Abu al-Jarud,dia berkata:Ditanya Muhammad b. Umar b. al-Hasan b. Ali b. Abi Talib a.s tentang Abu Bakr dan Umar?Beliau menjawab:Kamu diperangi selama enam puluh tahun kerana kamu menyebut Uthman.Demi Allah jika kamu menyebut Abu Bakr dan Umar,nescaya darah kamu lebih halal di sisi mereka daripada darah kucing.(Ibid,hlm.388)

Mereka meriwayatkan daripada Urtat b.Habib al-Asadi,dia berkata:Aku telah mendengar al-Hasan b.Ali b. al-Husain al-syahid a.s dengan berkata:Mereka berdualah yang telah membuatkan kita jadi begini.Mereka berdualah yang menyangka bahawa Rasulullah saw tidak meninggalkan pusakanya kepada pewarisnya(laa yuurith).

Mereka meriwayatkan daripada Ibrahim b.Maimun daripada al-Hasan b. Muhammad b.Abdullah b.al-Hasan b.Ali a.s beliau berkata:Tidak seorangpun wanita daripada kami mengangkat pandangannya ke langit,lalu mengalir setitik air matanya melainkan ia terkena di atas tengkuk mereka berdua.(Ibid,hlm388.

Mereka meriwayatkan daripada Qulaib b.Hammad,dia berkata: Aku telah bertanya al-Hasan b.Ibrahim b.Abdullah b.Zaid b.al-Hasan dan al-Husain b.Zaid b.Ali a.s dan beberapa orang Ahl al-bait daripada seorang lelaki daripada para sahabat kami di mana dia tidak menyalahi kami melainkan apabila berakhir kepada Abu Bakr dan Umar,dia memilih tawaqquf dan syak kepada mereka berdua(auqafa-humaa wa syakka fi amri-humma)?Maka semua mereka berkata:Siapa yang mengambil sikap tunggu dan lihat(tawaqquf) tentang mereka berdua, maka dia adalah seorang yang sesat dan kafir (man auqafa-humaa syakkan fi amri-humaa fa-huwa dhaallun kaafir).(Ibid,hlm389).

Mereka meriwayatkan daripada Muhammad b. al-Furat,dia berkata:Fatimah al-Hanafiyyah telah memberitahuku daripada Fatimah binti al-Husain bahawa sesungguhnya beliau memarahi Abu Bakr dan Umar serta mencaci mereka berdua(Inna-haa kaanat tabghudgu Aba Bakr wa Umar wa tasubbu-humaa).

Mereka meriwayatkan daripada Umar b.Thabit,dia berkata:Abdullah b.Muhammad b.Aqil b.Abi Talib,beliau berkata: Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar telah berlaku adil kepada orang ramai tetapi mereka berdua telah menzalimi kami (‘adalaa fi al-Naas wa zalamaa-naa),,maka orang ramai tidak memarahi kami.Sesungguhnya Uthman telah menzalimi kami, dan menzalimi orang ramai (inna Uthman zalama-naa wa zalama al-Naas),lalu mereka memarahinya,kemudian membunuhnya.

Mereka meriwayatkan daripada al-Qasim b.al-Jundab daripada Anas b.Malik,dia berkata:Ali a.s telah jatuh sakit tenat,aku telah duduk di sisi kepalanya.Maka Rasulullah saw duduk disampingnya bersama orang ramai yang memenuhi rumah.Maka aku pun bangun dari tempat dudukku,maka Rasulullah saw menduduki tempatku.Maka Abu Bakr memberi isyarat mata kepada Umar, maka dia pun berdiri dan berkata:Wahai Rasulullah saw!Sesungguhnya anda telah menjanjikan kepada kami satu janji,tetapi kami tidak fikir ia akan berlaku.Jika berlaku kepadanya sesuatu,maka kepada siapa? Maka Rasulullah saw berdiam tanpa memberi jawapan kepadanya.Kemudian dia memberi isyarat matanya kepadanya kali kedua, kemudian kali ketiga.Maka Rasulullah saw mengangkat kepalanya, kemudian berkata: Sesungguhnya ini (Ali)tidak mati dari kesakitannya ini,beliau tidak mati sehingga kamu berdua akan membuatnya marah, kamu berdua akan melakukan penipuan,dan kamu berdua akan mendapatimya bersabar.(Ibid,,hlm.389)

Mereka meriwayatkan daripada Yazid b.Mu’awiyah al-Bukali berkata:Aku telah mendengar Huzaifah b.al-Yaman berkata:Abu Bakr dilantik, maka dia menikam Islam dengan tikaman yang melemahkannya.Kemudian Umar pula dilantik, maka dia menikam Islam dengan tikaman yang menyelewengkannya (wulliya Abu Bakr fa-ta’ana fi l-Islam ta’natan auhana-hu, thumma wulliya Umar fa-ta’ana fi l-Islam ta’natan maraqa min-hu).

Di dalam riwayat yang lain , beliau r.a berkata:Abu Bakr memerintah kami, maka dia telah menikam Islam dengan satu tikaman.Kemudian Umar memerintah kami,maka dia meleraikan ikatannya.Kemudian Uthman memerintah kami, maka ia keluar daripadanya di dalam keadaan telanjang.(‘uryaanan)

Mereka meriwayatkan daripada Abban b.Taghlab daripada Hakam b.Uyainah,dia berkata:Apabila disebut Umar,maka dia melahirkan dukacitanya.Kemudian dia berkata:Dia memanggil Ibn abbas,maka dia meminta pendapatnya bagi memarahi Ali a.s.

Mereka meriwayatkan daripada al-A’masy,dia berkata:Apabila wafatnya Nabi saw,tidak ada bagi mereka perkara lain selain dari berkata:Bagi kami seorang Amir dan bagi kamu seorang Amir.Aku tidak fikir bahawa mereka akan bahagia.

Mereka meriwayatkan daripada Mu’ammar b.Zaidah al-Wasya’,dia berkata:Aku naik saksi kepada al-A’masy sesungguhnya aku telah mendengarnya berkata:Apabila tiba hari kiamat,Abu Bakr dan Umar akan dibawa ke Neraka seperti dua ekor sapi jantan yang menjerit.

Mereka meriwayatkan daripada sulaiman b.Abi al-Ward,dia berkata:Al-A’masy berkata ketika sakitnya yang membawa kepada kematiannya bahawa beliau bebas daripada mereka berdua dan menamakan mereka berdua.Aku berkata kepada al-Mas’udi:Namakan mereka berdua?Dia menjawab:Ya,Abu Bakr dan Umar.(Ibid,hlm.390).

Mereka meriwayatkan daripada Umar b.Zaidah,dia berkata:Kami berada di sisi Habib b.Abi Thabit,sebahagian orang ramai berkata:Abu Bakr adalah lebih baik daripada Ali,lantas Habib menjadi marah,kemudian dia berdiri dan berkata:Demi Allah,tiada tuhan melainkan Dia.Dan ayat ini diturunkan untuk mereka berdua,Surah al-fath(48):6”Mereka berprasangka buruk terhadap Allah.Mereka akan mendapat giliran(kebinasaan)yang amat buruk,lalu Allah memarahi mereka dan melaknati mereka”

Mereka meriwayatkan daripada Yahya b. al-Musawar daripada Abu al-Jarud,dia berkata:Sesungguhnya bagi Allah A.W dua bandar (madiinataini);bandar di Timur dan bandar di Barat yang sentiasa melaknati Abu Bakr dan Umar.

Mereka meriwayatkan daripada Ibn Abd al-Rahman,dia berkata:Aku telah mendengar Syarik berkata:Apakah pertalian mereka dengan Fatimah a.s?Demi Allah,mereka berdua telah menyakiti Rasulullah saw di dalam makamnya.

Mereka meriwayatkan daripada Ibrahim b.Yahya al-Thauri,dia berkata:Aku telah mendengar Syarik pada ketika itu dia sedang ditanya oleh seorang lelaki:Wahai Abu Abdillah!Cinta kepada Abu Bakr dan Umar sunnat?Maka dia berkata kepada seorang lelaki:Pegang kainnya dan keluarkan dia dari sini,kenalilah mukanya dan jangan benarkan dia datang kepadaku lagi,wahai si bodoh!Sekiranya mencintai mereka berdua adalah sunnat,nescaya wajib di atas anda menyebut mereka berdua di dalam solat anda sebagaimana anda bersalawat ke atas Muhammad dan aali Muhammad.Ibid,hlm.391.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s




Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: